I made this widget at MyFlashFetish.com.

"Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis" "Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan"

Tuesday, December 29, 2009

**LANGKAH BESTARI SUAMI MITHALI**



1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
 

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan
adalah yang terbaik.

 

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
 

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
 

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
 

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. 

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
 

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suamimembazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
 

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
 

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
 

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakanpasangan anda.
 

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
 

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilandiri sendiri. Mana adil ?
 

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.Elakan cakap tak serupa bikin.
 

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tanggaterancam.
 

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuandan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
 

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
 

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
 

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
 

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
 

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia danisteri mudah masuk syurga.
 

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar,isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
 

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
 

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya.Elakan kesilapan ini.
 

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
 

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskaniman dan takwa.
 

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
 

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
 

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
 

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
 

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
 

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
 

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
 

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
 

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
 

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
 

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
 

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
 

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
 

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
 

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
 

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
 

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
 

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
 


46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
 

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
 

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
 

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
 

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

 

**BEZA CINTA,SAYANG,MINAT DAN SUKA**



**Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
 

**Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
 

**Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa ak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
 

**Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

**SOLAT ISTIKHARAH**

SOALANNYA::::>kalau kita buat solat sunat istikharah ni petunjuknya mesti melalui mimpi ke?sepanjang yg ai buat solat istikharah tak pernah pulak dapat petunjuk dalam mimpi.or maybe there are some other way kita dapat petunjuk tu? 


 

Manusia dengan akalnya hanya dapat menanggapi perkara-perkara yang lahiriah semata, hanya Allah saja yang mengetahui perkara-perkara yang batiniah yang tersembunyi ataupun yang ghaib. Dengan akal dan ilmu manusia merancang dan meramal, tetapi Allah lah yang menentukan segala-galanya. Oleh kerana itu orang Islam dianjurkan supaya menyerahkan segala persoalannya kepada Allah, apalagi perkara-perkara yang besar dan penting dengan cara solat istikharah.
Dari Jabir bin Abdullah ra. meriwayatkan katanya: "Adalah Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah pada segala urusan kami seperti baginda mengajar kami surah Al Quran. Baginda bersabda; "Apabila seseorang kamu hendak mengerjakan sesuatu, hendaklah ia bersolat dua rakaat yang selain solat fardhu. Sesudah ia bersolat hendaklah ia memuji Allah, berselawat ke atas nabi dan kemudian membaca doa:
"Wahai Tuhanku! Bahawasanya aku memohon petunjuk kepada Mu tentang mana yang baik buatku menurut ilmu Mu, dan aku memohon kesanggupan kepada Mu dengan qudrat Mu. Aku memohon kepada Mu dari keutamaan Mu Yang Besar, kerana Engkaulah Yang Berkuasa, aku tidak berkuasa, dan Engkaulah Yang Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, Engkaulah tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.

"Wahai Tuhan ku! Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (disebutkan apa yang dikehendaki) baik untukku dalam agamaku dan penghidupanku dan akibat pekerjaanku dalam masa yang dekat atau lambat, maka takdirkanlah dia untukku dan permudahkanlah, kemudian berikan berkat padanya. Dan jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk untukku, terhadap agamaku, penghidupanku dan akibat pekerjaanku dalam masa yang dekat atau lambat, maka palinglah dia daripadaku dan palingkanlah aku daripadanya dan takdirkan kebajikan untukku di mana ia berada, kemudian berilah hatiku meredhainya".

Solat Istikharah ini boleh dilakukan bila-bila masa saja yang dikehendaki, malam atau siang, pagi atau petang asalkan bukan pada waktu yang terlarang. Al Imam An Nawawi berkata; "Sesudah Istikharah seharusnya seseorang itu mengerjakan apa yang dirasakan lebih baik untuk dirinya. Maka seharusnyalah ia tidaklah berpegang kepada ketenangan hatinya yang terbit dari kehendak hawa nafsunya sebelum istikharah."

"Bahkan seharusnya bagi orang yang melakukan Istikharah supaya meninggalkan pilihannya sendiri, sebab kalau demikian bukanlah ia beristikharah kepada Allah, malahan beristikharah kepada nafsunya (kecenderungan hatinya) bahkan mungkin ia tidak bersungguh-sungguh memohon istikharah serta menyerahkan ilmu dan qudrat hanya kepada Allah sahaja. Jika ia benar-benar beristikharah tentulah ia menyerahkan kekuatan dan daya upaya kepada Allah dan melepaskan pilihan dirinya sendiri".

Jika kita telah melaksanakan solat istikharah dengan betul dan sungguh-sungguh, kemudian berdoa sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW, maka serahkanlah segalanya kepada Allah SWT. Jika lelaki tersebut orang yang terbaik untuk anda, insya Allah pada suatu ketika nanti, Allah akan mempertemukan jodoh anda.

Namun jika hubungan atau jalinan ataupun perasaan antara anda berdua ada yang berubah, mungkin itu juga yang terbaik sehingga tidak terjadi hubungan perkahwinan. Serahlah segalanya kepada Allah dengan kesabaran dan yakinlah bahawa solat istikharah yang dibuat dengan benar itu akan memberikan hasil yang baik seperti yang diharapkan, insya Allah.

Mudah-mudahan artikel ini sedikit sebanyak menjawab persoalan sedara/i tersebut... 

Wallahu a'lam bisshawab.
__________________
"Ingatlah akan saat dan ketika bila tiba masanya kamu berada di'bawah' sana..."
Dimana Bumi Dipijak, Disitu Islam Dijunjung!

**RAHSIA BULAN KELAHIRAN**

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Thursday, December 17, 2009

**SALAM MAAL HIJRAH**



Bismillah...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sekali lagi, tiba sudah tahun baru hijrah..permulaan kepada segalanya. Permulaan bulan baru, azam yang baru dan kepada diri kita yang baru. 1 Muharram adalah detik permulaan hijrah. Hijrah kepada yang lebih baik. Seringkali kita melupakan amalan yang sepatutnya kita amalkan setiap kali ketibaan tarikh yang penuh bermakna ke atas setiap umat Islam: Doa akhir tahun dan doa awal tahun. Tidaklah bermakna jika kita hanya melalui hari-hari yang mendatang tanpa azam dan kesungguhan taubat kita kepada yang Maha Kuasa. Bersama kita amalkan.


**DOA AKHIR TAHUN**



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.


Ya Allah, apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau larang tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak pula melupakannya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami padahal Engkau berkuasa untuk menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakai-Mu, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau redha dan Engkau janjikan kami ganjaran pahala, maka kami pohonkan kepada-Mu ya Allah, wahai Tuhan yang Maha Pemurah, wahai Empunya kebesaran dan kemuliaan agar Engkau terimalah daripada kami dan janganlah diputuskan harapan kami terhadap-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah!


Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarganya dan para sahabatnya sekalian dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam

.
**DOA AWAL TAHUN**




Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata,


"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.


Ya Allah, Engkaulah yang abadi, yang qadim (sediakala) dan yang awal. Dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kepermurahan-Mu yang sejati, tahun yang baru ini tiba kepada kami. Maka kami pohonkan kepada-Mu keterpeliharaan daripada syaitan yang direjam, para penolongnya dan tentera-tenteranya, dan kami pohonkan pertolongan menghaapi nafsu yang sentiasa menyuruh kejahatan dan kami pohon pertolongan untuk bergiat dengan amalan yang menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya, wahai Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan, wahai yang Maha Mengasihani di antara yang mengasihani.


Moga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, Nabi yang ummi, ahli keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

selamat menyambut tahun baru untuk umat islam sedunia....


**nasyid 1 MUHARRAM**



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 

**LAGENDA**

***MAHSURI**


Legenda Mahsuri masih menjadi bualan hangat walaupun telah berkurun lamanya kisahnya berlalu. Mahsuri hanyalah anak kepada pasangan suami isteri yang miskin. Memang menjadi lumrah hidup setiap pasangan yang telah berkahwin pasti inginkan cahaya mata. Kedatangan Mahsuri menambah lagi seri keluarga itu. Alkisahnya antara semua kanak-kanak yang lahir sezaman dengannya, Mahsuri merupakan yang paling comel di Langkawi hingga menjadi bualan hangat.

Anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Itulah yang dilakukan oleh semua ibu bapa tidak ketinggalan juga ibu bapa Mahsuri. Bukan hanya paras rupa yang menjadi bualan malahan budi bahasa serta sopan santunnya sering menjadi buah mulut penduduk Langkawi. Pantang melihat kesusahan pasti dia akan membantu. Ibu bapanya berasa bangga dengan Mahsuri kerana dia menjadi orang yang berguna.

Sudah menjadi kemestian bagi setiap makhluk untuk berpasangan, begitu juga dengan Mahsuri. Sudah ramai jejaka-jejaka yang masuk meminang tetapi semuanya berakhir dengan kekecewaan. Pada suatu hari ada seorang jejaka yang masuk meminang dan pinangannya diterima oleh Mahsuri. Dikatakan bahawa jejaka itu merupakan seorang yang berjawatan tinggi dalam Kerajaan Langkawi. Maka musnahlah harapan semua jejaka-jejaka yang ingin memperisterikan Mahsuri.

Maka majlis perkahwinan mereka pun berlangsung dengan meriahnya. Pasangan itu hidup bahagia dan dikurniakan seorang cahaya mata untuk suatu ketika. Budi bahasa yang ditunjukkan oleh Mahsuri menjadi buah mulut penduduk di Langkawi. Ini menimbulkan perasaan iri hati Wan Mahora, isteri seorang yang berjawatan tinggi di Langkawi. Oleh itu dia menimbulkan fitnah ke atas Mahsuri dengan mengatakan dia melakukan hubungan dengan lelaki lain semasa ketiadaan suaminya.

Ini menyebabkan dia dikenakan hukuman sula tanpa usul periksa. Penduduk setempat berasa kasihan telah mengumpulkan wang emas dan harta mereka untuk menebus Mahsuri tetapi tidak diendahkan. Alkisahnya ketika tiba waktu hukumannya tiada satu pun senjata yang dapat menembusi kulit Mahsuri. Mahsuri dibiarkan terikat di batang pokok selama beberapa hari dan merana kesakitan. Disebabkan tidak dapat menanggung kesakitannya akhirnya dia memberitahu bagaimana hendak membunuhnya. Satu saja alat yang dapat menembusi kulitnya iaitu pisau ayahnya.

Maka setelah mendapatkan pisau itu hukuman terus dijalankan. Menurut sejarahnya sejurus selepas pisau itu menembusi tubuh Mahsuri darah putih terus mengalir keluar dan hilang di udara. Kepulangan suaminya disambut berita kesedihan kematian Mahsuri ditambah pula dengan kematian isterinya itu disebabkan oleh fitnah orang. Kesedihan ini menyebabkan suami Mahsuri berpindah dari Langkawi bersama-sama anak tunggal mereka Wan Hakim kerana tidak dapat menerima kenyataan isterinya dibunuh kerana fitnah orang.

Sebelum kematian Mahsuri, dia telah menyumpah tanah Langkawi supaya berada dalam kesengsaraan dan hanya berakhir selepas tujuh keturunannya. Menurut sejarahwan, keturunan yang ketujuh itu bernama Wan Aishah dan kini menetap di Thailand dan berumur 23 tahun. Sejarahwan mengatakan sepanjang Langkawi berada dalam sumpahan itu, Langkawi berada dalam huru hara dan mengalami perpecahan. Hanya selepas lahirnya keturunan ke tujuh barulah Langkawi menjadi maju dan menjadi tumpuan pelancong serta diwartakan sebagai pulau bebas cukai.


**PUTERI GUNUNG LEDANG**




Puteri Legenda. Dia dipercayai berketurunan jin dan tinggal di puncak Gunung Ledang, Johor. Kisah puteri ini telah menjadi legenda bagi masyarakat Melayu di Malaysia. Cerita tentangnya terdapat dalam bentuk lisan yang disampaikan di kalangan masyarakat setempat dalam bentuk tulisan seperti dalam Sejarah Melayu. Orang Melayu percaya puteri ini wujud, oleh itu pertuturan dan tingkah laku hendaklah dijaga jika mahu mendaki gunung tersebut. Jika tidak dipatuhi,dipercayai orang itu akan ditimpa sesuatu bencana.
Sumber Klasik Melayu turut mengisahkan Sultan Melaka, Sultan Mahmud, yang kematian isterinya telah memerintahkan beberapa orang pembesarnya iaitu Laksamana Hang Tuah, Sang Setia dan Tun Mamat meminang Puteri Gunung Ledang walaupun baginda mengetahui bahawa puteri itu bukanlah manusia biasa. Perjalanan ke puncak Gunung Ledang amat sukar kerana hutan tebal, angin kencang serta puncaknya tinggi. Tun Mamat serta dua orang pengiringnya akhirnya berjaya sampai ke puncak gunung tersebut. Semasa berada disana, Tun Mamat dikatakan telah masuk ke sebuah taman yang dipenuhi dengan pelbagai bunga-bungaan serta buah-buahan. Terdapat juga burung yang bersiul-siulan dan bersyair, bunyi seperti orang berseloka dan bergurindam, limau yang mengkar berseloka, anggerik mengilai, delima tersenyum dan mawar berpantun. Pantun-pantun itu pula mengandungi sindiran terhadap Sultan Melaka.
Puteri Gunung Ledang mengenakan syarat dengan meminta hantaran mas kahwin yang sukar dipenuhi seperti membina jambatan emas dan perak, merentangi Melaka dan Gunung Ledang, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman, tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan semangkuk darah baginda dan darah Raja Muda. Semua syarat ini sanggup dipenuhi oleh Sultan Mahmud kecuali semangkuk darahnya dan darah Raja Muda.
Tiada sumber bertulis atau lisan yang menerangkan tentang Puteri Gunung Ledang. Dalam Sejarah Melayu, hanya disebut ketika Tun Mamat sampai di dalam taman semasa meminang Puteri Gunung Ledang, dia terlihat sebuah balai, perkakasnya diperbuat daripada tulang, manakala atapnya daripada rambut. Di atas balai itu duduk seorang perempuan tua yang dihadap oleh empat orang perempuan muda. Mengikut Sejarah Melayu perempuan tua itu ialah Dang Raya, ketua dayang Puteri Gunung Ledang. Disebut juga dalam Sejarah Melayu bahawa perempuan kedua yang bertemu dengan Tun Mamat ialah Puteri Gunung Ledang menyamar sebagai perempuan tua bongkok tiga.
Bagaimanapun, kisah Puteri Gunung Ledang menjadi cerita dongeng dan masih popular dikalangan masyarakat setempat dan telah difilemkan. Gunung Ledang telah dijadikan tempat tarikan pelancong kerana keindahan alam semula jadi dan dongengnya..




Wednesday, December 16, 2009

**WANITA DAN WARNA**



****UNGU****
Wanita yang suka warna ungu adalah:
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap,
Jarang berjaya.
 


****HITAM****
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Setia pada suami,
 Hatinya baik dan cepat tersinggung.


****BIRU MUDA****
Wanita yang suka warna biru muda adalah:
Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.


****KELABU****
Wanita yang suka warna kelabu adalah:
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.


****MERAH****
Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tamak serta serakah,
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.





****BIRU****
wanita yang suka warna biru adalah:
seorang yang setia pada suami,
senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.


****KUNING****
Wanita yang suka warna kuning adalah:
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.
 


****PUTIH****
Wanita yang suka warna putih adalah:
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih, Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal
 


****COKLAT****
Wanita yang suka warna coklat adalah:
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.



****HIJAU****
Wanita yang suka warna hijau adalah:
Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,


Sepertimana irama dan lagu..begitu jugalah wanita dan warna..

Tuesday, December 15, 2009

**FAVORITE SONG**


**KU PENDAM SEBUAH DUKA**


Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan

Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...




















**AYAT-AYAT CINTA**

Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

(chorus)
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud... (Last x2)








**BILA RINDU KU SEBUT NAMAMU**


Tanpa ku sedar aku tersebut namamu
Mengapakah hanya dengan tiba-tiba
Aku pun menjadi rindu
Dan wajahmu ku terbayang
Adakah engkau pun begitu merindu

Bila ku rindu aku tersebut namamu
Bila ku resah ingin rasa ku bertemu
Aku jadi tak menentu
menunggu kehadiranmu
Mengapakah lama hilang tanpa berita

Apa khabarmu di sana kekasihku
Semoga engkau tak lupa padaku
Jangan biar ku merindu
Jangan biar ku tertunggu
Sepinya di hatiku menunggumu

Bila ku rindu aku tersebut namamu
Di dalam mimpi aku dibelai olehmu
Indah sungguh percintaan
Indahnya berkasih sayang
Betapa aku merindu kepadamu



















 **AKU BUKAN UNTUKMU**

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku 


Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku


Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu


Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku


Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain


Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu


Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku.........

























  

**PUISI SENJA**

 
**LEMBAYUNG SENJA MERAH**


Waktu terus bergulir melaju tak tertahan
Matahari senja pulang keperaduan
Berganti dengan sang rembulan malam
Memberi terang pada sang kelam

Sungai rindu mengalir di dalam hati
Mengikuti liku-liku tak bertepi
Membawa pesona dirimu dalam diri
Atas keinginan dan rasa terbawa bersama arus sendiri

Pada suatu waktu tak tertuju
Ku cUba melukis bayangan di dalam air itu
Tapi Semua hilang tak berarti
Walaupun ku cUba dengan pahat rasa di hati

Kehadiran mu adalah sendu
Seperti sebuah fatamorgana di sahara
Walau indah tak dapat tersentuh kalbu
Hanya membuat haus dahaga

Lembayung senja merah
Kau ada tapi seperti tiada
Kau nyata hanya di pelupuk mata
Kau selalu bermain dalam Bumiku
Biarlah kau ada tanpa bisa ku jamah
Karena kau tetaplah yang terindah


**KEDEWASAAN SENJA**


simpan saja gusar
waktu malam semakin larut
berimu telah kuambil
dan memahami rimba
telah mula kelam

cahaya pun semakin
menempatkan buta
pada halaman terlarang
di sanalah wangi
telah pergi meresah embun
waktu matahari melarik hari

waktu senja begini
tak semua mampu memanggil
atau kembali mendiami sesal
kenangan tak lain hanya permainan
ketika datang di sela-sela tingkah
enggan menerima malam

begitulah apabila telah ada
mungkin lebih baik
memilih mimpi
berlalu waktu terjaga
atau melamun nafas esok
masa hadapan tetap kemungkinan
harus bersiap memerangi
kedewasaan..




*waktu terpaling indah dalam kehidupanku*

**SYUKUR**



 Ucaplah Alhamdulillah 
Syukur kita kepada Allah 
Selawat ke atas nabi Muhammad ya Rasulullah 

Tanda syukur itulah taat 
Setiap tempat setiap waktu 
Syukur itu dapat dilihat 
Pada  sikap dan tingkah laku 
Marilah bersama kita bersyukur 
Kepada Allah kita bersyukur 

Syukur itu sifat mulia 
Hindar dari tamak haloba 
Rasa cukup apa yang ada 
Hati tenag hidup sejahtera 
Marilah amalkan rasa bersyukur 
Hidup bahagia aman dan makmur 

Syukur Alhamdulillah 
Syukur itu banyak caranya 
Taat beribadah  tekun berusaha 
Saling membantu berkasih sayang 
Murah senyuman hulur sedekah 
Marilah kita beramal bersama 
Rasa bersyukur kita suburkan 
  
Senilagu : Nasser 
Senikata : Ain 
Hakcipta Senilagu & Senikata : Fret Publishing & Raihan Cipta

 **ALHAMDULILLAH**




“Setiap sesuatu itu bertasbih memuji-Nya, akn tetapi kamu tidak dapat memahami cara mereka bertasbih” (al-Isra’:44)

* Bunyi burung-burung itu merupakan doa dan pujian kepada penciptanya…

* Desiran dedaunan kayu ketika dihembus angin adalah tasbih yang ditujukan kepada Allah

* Bunyi ombak di pantai itu pun merupakan satu cara mereka membesarkan, memuji, dan mengagungkan Allah

* Hembusan angin yang tidak henti-hentinya menyapu seluruh penghuni bumi merupakan caranya mendekatkan diri kepada Allah

* Kilat yang sabung-menyabung itu merupakan luapan rindunya kepada pencipta alam…

* Suara guruh itu merupakan tangisan kerana takut kepada Allah…Semua yang ada di alam ini merupakan majlis zikir, masing-masing memuji dan mengagung-agungkan Allah menurut cara dan kebolehannya…



**RENDAH DIRI**

**PERASAAN RENDAH DIRI**


INFERIORITY COMPLEK (Perasaan Rendah Diri)
Inferity Compleks bermakna 'a feeling that one is less important, less clever or less admired than other people. This feeling makes some people aggressive and other shy'.

Menjadi seseorang (somebody) adalah suatu hal yang penting dalam kehidupan seseorang. Kebanyakan manusia memerlukan sokongan dari segi pujian, kata-kata, perangsang, egois dan sesuatu yang menonjol (dominan). Sampingan - sampingan inilah yang mendorong seseorang itu bertahan sebagai seseorang.







Tetapi tidak semua mencapai kepada maksud tersebut, menjadikan mereka lemah dan tak bermaya untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Perasaan rendah diri (zuhud) adalah baik dari segi Islam, tetapi merendah diri dari kelemahan yang di beri akan mendatangkan kebencian terhadap diri sendiri. Seseorang itu lebih patut bersyukur dari merendah diri kerana ia akan memboloskan diri dari perasaan rendah diri dan merasa hina.

Merasakan ia tidak bermaya terhadap sesuatu perkara seperti menguasai satu-satu matapelajaran atau pekerjaan haruslah dilihat dari segi kemampuan yang di beri. Berusaha dan mencuba sehingga tahap maksima adalah terbaik dari mengalah di tengah jalan. Bukan semua pemberian dari Allah S.W.T itu akan datang dengan secara tiba, adakalanya ia memerlukan kesabaran yang tinggi dalam diri seseorang itu untuk meneruskan usahanya.

Tidak benar kita telah mengalah jika kita telah mencuba. Tapi perlu di teliti sehingga tahap mana kita telah berusaha. Mendapat gred 3 pada sebelumnya dan mencuba sekali lagi lalu mendapat gred 1 atau 2 adalah kejayaan. Berjaya meningkat satu tahap dengan berusaha adalah kejayaan. Mencuba dengan satu mata pun boleh dianggap kejayaan, kerana bukan semua kejayaan yang terbagus milik kita. Tetapi kejayaan melalui usaha yang berterusan adalah yang terbagus.

Merendah diri baik dalam beberapa faktor dimana keyakinan yang melampau akan membunuh terus semangat dan usaha yang selama ini dibajai. Menuai sesuatu hasil bukan semestinya dengan hasil yang banyak tetapi dengan kepuasan yang dilalui selama ini itulah yang terbaik. Jika kita masih mempunyai perasaan ini hendaklah dikikis dengan usaha yang berulang dan bukannya mengeluh dan berhenti disitu saja.

Ayuh tunjukan semangat juang anda kepada diri anda sendiri bukan untuk orang lain. Ini akan menyelamatkan anda dari terus hanyut dengan perasaan tersebut kerana jika untuk orang lain akan membabitkan pihak lain. Buktikan kepada diri sendiri adalah sesuatu usaha yang sangat istimewa hadiah kepada diri sendiri...



**MENGAPA RASA RENDAH DIRI**



Sabenarnya rasa rendah diri juga tidak akan muncul, melainkan jika seseorang itu membandingkan keadaan diri dengan keadaan yang ada pada orang lain. Jika keadaan dirinya itu dirasakan lebih rendah atau keadaan orang yang dibandingkan itu dirasakan lebih baik daripadanya, dia akan merasakan kekurangan yang ada pada dirinya sebagai kelemahan yang menyebabkannya berasa rasa rendah diri. Ini akan menghilangkan keyakinan dalam diri.

Caranya jangan suka membandingkan kejadian atau kedudukan sendiri dengan orang lain. Perangai suka membandingkan diri dengan orang lain juga punca yang mendorong rasa rendah diri. Gunakan segala kelebihan yang ada dalam diri dan jadikannya sebagai kekuatan yang mampu merangsang pertumbuhan diri bagi mencapai kejayaan. Tolonglah diri sendiri untuk maju dan jangan biarkan diri binasa oleh kerana kejahilan sendiri. Jangan mengalah pada perkara yang sepatutnya kita tidak perlu mengalah.

Ingat ada beza perasaan rendah diri dengan sifat merendah diri. Maka jangan rasa rendah diri pada kekurangan yang ada dalam diri, sedangkan kita mampu merubah kekurangan itu.
 

Untuk memajukan diri , mesti dicapai dengan usaha gigih dengan keinginan  melihat perubahan diri sebagai satu kemajuan. Dalam Islam, tuntutan untuk berubah mencapai kemajuan memang sudah sedia ada sebagaimana menurut firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."  (Surah al-Rad, ayat 11)

**RENUNGAN BERSAMA**

" Merendah dirilah seperti bintang di dalam air ; jangan meninggi seperti asap
  walaupun ia berada rendah di tanah."
 Kitab Tanwirul Qulub...

Sabda Rasulullah s.a.w HR Ahmad,Abu Ya'la :
" Kami para Nabi adalah manusia yang paling berat mendapat cubaan, kemudian begitulah
seharusnya, seorang hamba akan mendapat cubaan sesuai dengan kekuatan imanya,maka
jika ia seorang yang teguh imannya, beratlah cubaan baginya dan jika ia dalam keimanannya
lemah, maka ringanlah cubaan baginya "


Perasaan rendah diri itu adalah lahir atas beberapa sebab; di antaranya merasa takut kepada
kekuasaan Allah Ta'ala, janji-janji ancamanNya bagi mereka yang ingkar di samping menaruh
pengharapan akan pengampunan dan keredhaan dariNya
( khauf dan roja' ) .

Kekurangan diri dari segi harta , ilmu dan keadaan fizikal seseorang itu juga akan mengundang
perasaan yang sama.


Tekanan perasaan akibat dari masaalah yang berlaku dalam keluarga dan masaalah peribadi
turut juga menjadi faktor seseorang itu merasa rendah diri.


Menyemak diri :
" Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap
jiwa memerhatikan apa yang telah diperbuatkannya untuk hari esok (akhirat) "

Surah Al-Hasyr ayat 18 

Kita perlu muhasabah , menilik pada diri kita sendiri akan segala kesalahan kepada manusia dan
juga kepada Allah Ta'ala. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang; menerima taubat dari
hamba-hambaNya.
Jika kita tilik diri kita masih kekurangan amal dan ibadah; maka mulakanlah usaha mencari dan
menambah ilmu.

Melatih diri :
" dan orang-orang yang mengerjakan apa yang mereka kerjakan, pada hal hati mereka
takut (kepada Allah) "
Surah Al-Mukminun ayat 60

Amal ibadah yang dilakukan kerana tuntutan agama perlulah kita pertahankan walaupun ganjil
pada pandangan masyarakat kerana ia dapat melatih diri kita untuk membiasakan jiwa untuk
menerima kebenaran.


An Nahlu ayat 50:
Mereka takut pada Tuhannya yang berkuasa ke atas mereka "

Teguhkan dirimu :
"dan janganlah orang-orang yang tiada menyakini (kebenaran ayat-ayat Allah)
membuat engkau resah gelisah "
Surah Ar-Rum ayat 60

Hati jadi tenang :
" Dialah yang menurunkan ketenangan dalam hati orang-orang mukmin " Surah Fath ayat 4

Usahlah merasa rendah diri kerana sesuatu selain pada Allah Ta'ala jua
"Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hatinya "
Surah Hud ayat 31.

Firman Allah lagi dalam Surah Thoha ayat 84 :
" dan aku bersegera kepada Mu, Wahai Tuhanku, agar Engkau redha "










Rendah diri bersimpul tawaddu'... menjana ketaqwaan menuju Allah....
Redha Rabbani hati menuntut.... iman subur pada hati yang rendah.....

**SENYUMAN MENGUBATI KEDUKAAN**


Dia berkata : Langit sedih dan terlihat murung.
Aku berkata : Tersenyumlah! Biarkan kemurungan itu ada di langit.
Dia berkata : Kesamaran telah merasuk…
Aku berkata : Tersenyumlah! Dukacita tidak akan pernah kembali, sebab ia telah mati.

Dia berkata : Langit di angkasa telah menyatu dengan cinta yang berkobar di dalam dadaku dan telah menjadi neraka jahanam. Dia mengkhianati janji setelah meragut hatiku.
Lantas bagaimana aku sanggup tersenyum?
Aku berkata : Tersenyumlah dan bersenanglah! Kalau kau tetap bersama kesedihan, akan kau habiskan seluruh umurmu di dalam  kepedihan.

Dia berkata : Pernagiaan mendekati kerugian seperti seorang musafir yang hampir mati kehausan atau seperti singa yang haus darah. Dia meludah darah setiap kali
mejelirkan lidah.
Aku berkata : Tersenyumlah! Kau bukanlah penyebab kesembuhannya kecuali apabila kau mahu tersenyum.  Apakah ketika orang lain berbuat dosa dan tidur dengan
perasaan takut, engkau merasakan bahawa engkaulah pendosa itu?

Dia berkata : Musuh sedang berada di sekelilingku. Mereka berteriak menakutiku, bukanlah aku telah tertawan dan apakah musuhku tidak melihatku?
Aku berkata : Cacian mereka tidak ditujukan menuntutmu jika kau tidak lebih mulia dan agung daripad mereka.

Dia berkata : Musim telah jelas tanda – tandanya tergambar padaku di pakaian dan lukisan, sedang diriku mempunyai kewajipan terhadap kekasihku namun tidak ada satu
dirham pun di kedua telapak tanganku.
Aku berkata : Tersenyumlah! bukankah kau masih  hidup? Kau bukanlah termasuk orang yang tidak mempunyai kekasih.

Dia berkata : Malam – malamku berlalu di dalam kepahitan.
Aku berkata : Tersenyumlah! Jika kau merasa pahit, semoga orang lain melihatmu  sedang bersenandung. Lemparkanlah kedukaan jauh – jauh dan tetaplah bersenandung. Apakah dia akan melihatmu jika engkau bernyanyi dengan limphan dirham atau kau merasa rugi jika engkau bernyanyi dengan hati berseri – seri?  Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihanmembuat mulutmu terdiam dan raut nukamu menampilkan kesedihan.
Tersenyumlah..! Sungguh bintang-bintang pun tersenyum dan kegelapan akan saling berlanggaran, Oleh kerana itu, kita menyukai bintang – bintang.

Dia berkata : Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan menjadi  lebih baik. Ia datang ke dunia ini dan tetap akan pergi walau terpaksa
Aku berkata : Tersenyumlah! Selagi hayat dikandung badan, selama engkau masih hidup. Sebab sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum…


 

**LAUNGAN AZAN SETIAP SAAT DI BUMI ALLAH**



Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke Pantai Timur Atlantik adalah 9 hingga 12 jam. Belum pun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan zuhur kini sudah dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan laungkan azan, mengakui “Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah.” Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai lebih 200juta orang. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan Bilal akn melaungkan keagungan Allah SWT dan Nabi Muhammad s.a.w.
Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah satu hingga dua jam. Belum pun laungan azan di Indonesia selesai, ia bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Mynmar dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dakka di Bangladesh.


Berikutnya Laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu di bandar – bandar Pakistan adala 40 minit jadi dalm jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat, Oman.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
SubhanaAllah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, maka akan bergegarlah satu dunia dengan laungan Azan yang tidak putus-putus.
Subhanallah.......