Dalam usaha melaksanakan pelbagai peranan sebagai ibubapa kepada anak-anak yang di anugerahkan dan
diamanahkan oleh Tuhan kepada insanNya, maka renungkanlah sejenak sejauhmanakah persediaan kita mengemudi rumahtangga untuk mengharungi kehidupan yang luas terbentang lagi bergelora.
Peranan Ibubapa
Sebagai pendidik -Memberi bimbingan dan tunjukajar mengenai kehidupan dunia dan akhirat serta memiliki peribadi yang baik; baik hati, bersimpati, sabar, pemaaf, bertolak ansur dan berpengetahuan. Sebagai Pemudahcara – membantu anak memperkembangkan bakat dan kebolehan anak-anak, penggalak atau pendorong yang baik dan mampu mengesan serta menyatakan kepada anak kekuatan dan kelemahan mereka Sebagai Perancang – merancang masa depan setiap anak supaya berdaya saing dengan memahami proses perkembangan dan keperluan kanak-kanak, mengenalpasti jenis tugas yang perlu dilakukan oleh setipa individu yang terlibat Sebagai Pengelola – mampu mengarah dan mengawal anak-anak dengan cara yang paling berkesan tanpa mewujudkan sebarang tekanan atau perasaan tidak puas hati di kalangan mereka Sebagai Inovator – mampu melakukan pengubahsuaian strategi dan teknik demi membawa perubahan dalam kehidupan keluarga Sebagai Penilai – membuat taksiran secara tepat, berkesan dan memuaskan berhubung dengan cara gaya keibubapaan
Tanggungjawab Menyediakan Keperluan Anak-Anak
Selain melaksanakan pelbagai peranan, setiap pasangan ibu bapa juga mempunyai pelbagai tanggungjawab terhadap anak-anak yang perlu di pikul secara bersama-sama. Di antaranya termasuklah:
Tempat tinggal yang selesa dan bersih, yang mempunyai cukup ruang pengudaraan serta memiliki bekalan air yang bersih untuk minum dan bersuci. Makanan dan minuman yang cukup bersih dan berkhasiat Pakaian yang sesuai, selesa dan bersih Pendidikan akhlak dan agama yang sempurna Persekitaran yang dapat menggalakkan pembelajaran secara formal dan tidak formal Ruang dan peluang untuk bermain dan bergaul dengan rakan sebaya Ruang dan peluang yang banyak untuk anak memperoleh pendidikan melalui pemilikan alat permainan dan bahan yang boleh merangsangkan pembelajaran. Tanggungjawab Memberi Kasih Sayang
Belaian kasih sayang dari kedua ibu bapa amat penting dalam perkembangan emosi dan sahsiah anak-anak.Dengan wujudnya belaian kasih sayang dalam rumahtangga, anak-anak dapat merasakan bahawa kehadiran mereka dihargai. Memberi keutamaan kepada keluarga Menumpukan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak Mengamalkan pergaulan yang baik dengan anak-anak di dalam dan di luar rumah Menunjukkan perlakuan bahawa ibu dan bapa mengasihi dan menyayangi anak-anak Meluahkan atau menyatakan dengan perkataan kepada anak-anak bahawa ibu dan bapa menyayangianak-anak Mengamalkan perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga, guru-guru dan rakan- rakan.
Tanggungjawab Jaminan Keselamatan
Setiap anak-anak adalah terdedah dengan segala bentuk ancaman dan bahaya baik ketika mereka berada di dalam rumah , di luar rumah, di sekolah dan di tempat-tempat permainan. Keupayaan dan kemampuan ibu bapa menyedarkan setiap anak-anak mengenai perlunya menjaga dan mengutamakan keselamatan diri akan dapat membantu ibu bapa memberi jaminan keselamatan kepada anak-anak.
Menyediakan tempat yang selamat untuk anak-anak dan ahli keluarga diami Melindungi anak-anak dari segala bentuk ancaman dan bahaya baik krtika anak-anak berada di dalam rumah, di luar rumah, di sekolah dan di tempat permainan. Mewujudkan peraturan-peraturan yang mudah dan jelas untuk mengelak kemalangan dan kecelakaan. Pastikan bahawa peraturan tersebut diamalkan dan dipatuhi oleh setiap ahli keluarga. Menjelaskan dan menunjuk ajar kepada setiap anak-anak mengenai langkah-langkah menghindari kemalangan dan kecelakaan serta cara-cara menanganinya. Lakukan dan lakonkanlah cara gayanya bersama-sama anak jika perlu Mengalakkan anak-anak untuk sentiasa berwaspada atau berhati-hati terhadap oarang yang tidak di kenali atau yang mencurigakan terutamanya ketika tidak bersama-sama ibu bapa atau orang yang lebih dewasa. Penderaan seksual merupakan gejala sosial yang harus dipandang serius oleh ibubapa masa kini, terutama bagi pasangan ibu bapa yang sama-sama bekerja dan terpaksa meninggalkan anak bersendirian atau diletakkan di bawah pengawasan pengasuh. Ibu bapa juga bertanggungjawab menjamin keselamatan anak dari penderaan seksual serta lain-lain bentuk gejala sosial.
Sebagai ibubapa, anda bolehlah;
Ajar dan jelaskan pada anak-anak tentang penderaan seksual...
Boleh mengecam tingkahlaku yang boleh menjurus kepada penderaan seksual. Ajar juga kepada mereka bagaimana mengatakan “Tidak”, meminta bantuan dan mengawal diri dari di sentuh orang lain. Beri sokongan terhadap hak anak untuk mengatakan “tidak” terhadap sesuatu tindakan. Galakkan anak berkomunikasi dengan memberikan perhatian yang serius terhadap percakapan mereka. Beri perhatian terhadap tanda-tanda yang mungkin membawa kepada penderaan seksual dan hapuskan
kerahsiaan di antara anda dengan anak-anak anda Ingatkan setiap anak-anak bahawa orang yang “ baik” boleh berniat jahat terhadap mereka sendiri dan
galakkan anak-anak untuk memberitahu anda mengenai orang yang mereka tidak selesa dampingi. Gangguan seksual yang paling lazim dalam sesebuah keluarga ialah di antara anak-anak kecil dengan
anak-anak kecil dan anak-anak remaja berlainan jantina. Kerap kali ibu bapa lalai mengenainya. Elakkan
anak-anak mandi dan tidur bersama-sama tanpa pengawasan keran ianya memungkinkan terjadinya
hubungan seksual di antara mereka. Tunjukkan tingkahlaku melindungi diri yang boleh menyakinkan anak-anak dan sedari serta fahami batasan tingkahlaku anda sendiri. Membiarkan anak-anak menonton video tanpa pengawasan ibubapa atau orang yang lebih dewasa boleh memungkinkan mereka menyalahgunakan kemudahan tersebut bagi menonton bahan-bahan lucah. Pendedahan terhadap bahan-bahan seperti ini akan menjurus kepada pelbagai bentuk gejala sosial. Awasilah bahan yang ditonton oleh anak-anak dan tontonlah bersama-sama mereka. Batasan masa dan kewangan keluarga kadangkala menjurus kepada tindakan meninggalkan anak-anak
bersendirian di rumah tanpa pengawasan orang yang lebih dewasa. Jika keadaan sebegini tidak dapt
dielakkan, ibubapa bolehlah memastikan keselamatan anak-anak di rumah melalui telefon.
*Tanggungjawab Mengimbangi Harapan Anak*
Seperti orang dewasa, setiap anak-anak memiliki hati dan perasaan yang mana ianya mudah tersinggung akibat daripada tindakan orang di sekeliling mereka, terutamanya dari ibu dan bapa mereka. Dalam usaha untuk memenuhi cita-cita, kamahuan dan harapan diri mereka sendiri, mereka perlu juga memenuhi cita-cita, kemahuan dan harapan kedua-dua orang tua mereka. Ibu bapa boleh membantu anak-anak mengimbangi harapan tersebut dengan cara:-
Menyatakan dengan jelas kepada anak-anak akan harapan ibu bapa terhadap anak-anak Meletakkan harapan atau ekspektasi yang bersesuaian dengan keupayaan dan kemampuan anak Memberi pujian terhadap setiap kejayaan anak Memberi galakan terhadap usaha-usaha anak untuk berjaya Mengurangkan tekanan ke atas anak-anak, terutamanya untuk berjaya di dalam pembelajaran mereka Tidak membandingkan kebolehan anak dengan adik beradiknya, saudara maranya atau anak jiran tetangga kerana setiap individu adalah berbeza dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan sosialnya. Tidak menjadikan anak-anak sebagai bahan saingan ibubapa Kesimpulannya ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang begitu besar terhadap anak-anak. Begitu juga kasih sayang ibu bapa tidak boleh di tukar ganti dengan orang atau benda lain. Anak-anak di lahirkan dari ikatan perkahwinan yang penuh dengan komitmen dan tanggungjawab.
No comments:
Post a Comment
ulaskan komitmen anda disini...terima kasih..