I made this widget at MyFlashFetish.com.

"Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis" "Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan"

Tuesday, December 29, 2009

**SOLAT ISTIKHARAH**

SOALANNYA::::>kalau kita buat solat sunat istikharah ni petunjuknya mesti melalui mimpi ke?sepanjang yg ai buat solat istikharah tak pernah pulak dapat petunjuk dalam mimpi.or maybe there are some other way kita dapat petunjuk tu? 


 

Manusia dengan akalnya hanya dapat menanggapi perkara-perkara yang lahiriah semata, hanya Allah saja yang mengetahui perkara-perkara yang batiniah yang tersembunyi ataupun yang ghaib. Dengan akal dan ilmu manusia merancang dan meramal, tetapi Allah lah yang menentukan segala-galanya. Oleh kerana itu orang Islam dianjurkan supaya menyerahkan segala persoalannya kepada Allah, apalagi perkara-perkara yang besar dan penting dengan cara solat istikharah.
Dari Jabir bin Abdullah ra. meriwayatkan katanya: "Adalah Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah pada segala urusan kami seperti baginda mengajar kami surah Al Quran. Baginda bersabda; "Apabila seseorang kamu hendak mengerjakan sesuatu, hendaklah ia bersolat dua rakaat yang selain solat fardhu. Sesudah ia bersolat hendaklah ia memuji Allah, berselawat ke atas nabi dan kemudian membaca doa:
"Wahai Tuhanku! Bahawasanya aku memohon petunjuk kepada Mu tentang mana yang baik buatku menurut ilmu Mu, dan aku memohon kesanggupan kepada Mu dengan qudrat Mu. Aku memohon kepada Mu dari keutamaan Mu Yang Besar, kerana Engkaulah Yang Berkuasa, aku tidak berkuasa, dan Engkaulah Yang Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, Engkaulah tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.

"Wahai Tuhan ku! Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (disebutkan apa yang dikehendaki) baik untukku dalam agamaku dan penghidupanku dan akibat pekerjaanku dalam masa yang dekat atau lambat, maka takdirkanlah dia untukku dan permudahkanlah, kemudian berikan berkat padanya. Dan jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk untukku, terhadap agamaku, penghidupanku dan akibat pekerjaanku dalam masa yang dekat atau lambat, maka palinglah dia daripadaku dan palingkanlah aku daripadanya dan takdirkan kebajikan untukku di mana ia berada, kemudian berilah hatiku meredhainya".

Solat Istikharah ini boleh dilakukan bila-bila masa saja yang dikehendaki, malam atau siang, pagi atau petang asalkan bukan pada waktu yang terlarang. Al Imam An Nawawi berkata; "Sesudah Istikharah seharusnya seseorang itu mengerjakan apa yang dirasakan lebih baik untuk dirinya. Maka seharusnyalah ia tidaklah berpegang kepada ketenangan hatinya yang terbit dari kehendak hawa nafsunya sebelum istikharah."

"Bahkan seharusnya bagi orang yang melakukan Istikharah supaya meninggalkan pilihannya sendiri, sebab kalau demikian bukanlah ia beristikharah kepada Allah, malahan beristikharah kepada nafsunya (kecenderungan hatinya) bahkan mungkin ia tidak bersungguh-sungguh memohon istikharah serta menyerahkan ilmu dan qudrat hanya kepada Allah sahaja. Jika ia benar-benar beristikharah tentulah ia menyerahkan kekuatan dan daya upaya kepada Allah dan melepaskan pilihan dirinya sendiri".

Jika kita telah melaksanakan solat istikharah dengan betul dan sungguh-sungguh, kemudian berdoa sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW, maka serahkanlah segalanya kepada Allah SWT. Jika lelaki tersebut orang yang terbaik untuk anda, insya Allah pada suatu ketika nanti, Allah akan mempertemukan jodoh anda.

Namun jika hubungan atau jalinan ataupun perasaan antara anda berdua ada yang berubah, mungkin itu juga yang terbaik sehingga tidak terjadi hubungan perkahwinan. Serahlah segalanya kepada Allah dengan kesabaran dan yakinlah bahawa solat istikharah yang dibuat dengan benar itu akan memberikan hasil yang baik seperti yang diharapkan, insya Allah.

Mudah-mudahan artikel ini sedikit sebanyak menjawab persoalan sedara/i tersebut... 

Wallahu a'lam bisshawab.
__________________
"Ingatlah akan saat dan ketika bila tiba masanya kamu berada di'bawah' sana..."
Dimana Bumi Dipijak, Disitu Islam Dijunjung!

No comments:

Post a Comment

ulaskan komitmen anda disini...terima kasih..