I made this widget at MyFlashFetish.com.

"Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis" "Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan"

Saturday, December 12, 2009

**CINTA SEJATI**


1. Pilih pasangan yang sesuai


Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.....


Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.....


2. Jangan terburu-buru


Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan....


3. Percaya akan kelemahannya


Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ’saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia....
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersedia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’...


4. Tutup mulut


Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua....


5. Terima seadanya


Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu....


6. Jadi pemerhati


Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.


7. Buktikan siapa diri anda


Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua....


8. Mr. Right kembali


Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?


Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru....


9. Bukan perigi cari timba


Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan....


10. Hargailah diri sendiri dan pasangan


Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya....


**TIPS CINTA SEJATI**

Jangan mencarinya. Cinta tidak datang pada seseorang yang mencarinya. Jika memang Anda baru saja mengakhiri suatu hubungan, fokuslah pada diri dan kehidupan pribadi terlebih dahulu. Tidak perlu terburu-buru mencari cinta yang baru, dan nikmati kesendirian Anda. Beri waktu untuk diri sendiri. Temukan aura positif Anda. Jika perasaan puas terhadap diri muncul, maka secara otomatis aura positif itu akan terpancar. Dan orang di sekitar pun akan melihatnya. Itulah daya tarik bagi diri Anda. Jika sudah siap untuk membuka lembaran baru bagi hubungan, maka mulailah memilih karakter pasangan seperti apa yang diidamkan. Tak hanya dari segi fisik namun juga mental dan keperibadian Bergaul dan hang out. Hal itu akan membuka kesempatan bagi Anda untuk bertemu orang baru. Siapa tahu salah satu di antara mereka adalah cinta sejati Anda. Berani ambil risiko. Jika suatu hari Anda bertemu dengan seseorang yang sesuai dengan kriteria cinta sejati, jangan ragu untuk mengambil langkah. Mulailah perkenalan dan menjalin hubungan. Karena kesempatan tak datang dua kali. Yang paling penting, cintai diri Anda terlebih dahulu. Hiduplah dengan bahagia dan jangan pernah melepaskan harapan. Yakinlah, setiap orang diciptakan berpasangan. Masalahnya hanyalah mendapatkan orang yang tepat, di waktu yang tepat.....


**MENCARI CINTA ALLAH**



Fitrah manusia, apabila berada di dalam sesuatu tahap, maka mereka lebih gemar berkat-kata tentang apa yang besar pada mereka.


Orang miskin yang bertaqwa , mereka akan lebih kerap berkata soal sabar.


Seorang yang berharta akan lebih berkata soal menambahkan harta kekayaan.


Seorang penyeru kebaikan akan sentiasa berbicara bagaimana boleh seruan itu sampai ke ketelinga-telinga mereka yang masih tidak mendengarnya.


Seorang pemimpin atau orang besar pula akan lebih berkata soal perkara-perkara besar, projek berbilion , prasarana terindah, pembangunan ekonomi dan masyarakat.


Semakin tingi taraf seseorang, semakin besar perkara-perkara yang akan diperkatakannya.


Perkara-perkara kecil atau remeh tidak akan terlintas atau tidak akan berbunyi dari butir perbicaraannya.


Jika seseorang pemimpin itu berkata soal ajk kampung atau jkkk , pasti ajk tersebut dekat di hati pemimpin tersebut.


Kebiasaan seorang pemimpin akan berkata apa yang besar dan dekat di hatinya.

Cinta Sejati menurut Islam:

Tidak rela yang dicintai menderita

Rela berkorban apapun demi yang dicintai

Memenuhi segala keinginan dari yang dicintai

Tidak pernah memaksakan kehendak kepada yang dicintai



Cinta tersebut hanya ada antara Khalik dan Makhluk, cinta antara makhluk harus ditambah syarat-syarat berikut:

Cintanya tersebut kerana Allah S. W. T.

Harus memenuhi segala aturan yang dibuat oleh Allah S. W. T.

Sex bukanlah cinta dan cinta bukanlah sex, tetapi sex adalah bunga-bunga dari cinta dan hanya ada dalam pernikahan dan hanya dengan yang dinikahi

Cinta bukan wang atau harta atau duniawi, tetapi cinta membutuhkan wang, harta dan duniawi.

                                                         

No comments:

Post a Comment

ulaskan komitmen anda disini...terima kasih..